suria

Empat Warga Bangladesh Biayai IS Dipenjara

Dari kiri: Rahman Mizanur, 31; Miah Rubel, 26; Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar, 31; dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader, 29, mengaku bersalah membiayai kegiatan keganasan.

SINGAPURA: Empat pekerja warga Bangladesh yang ditahan di Singapura pada April di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dijatuhi hukuman penjara antara 24 dan 60 bulan kerana membiayai keganasan.

Keempat-empat suspek adalah Rahman Mizanur, 31; Miah Rubel, 26; Md Jabath Kysar Haje Norul Islam Sowdagar, 31; dan Sohel Hawlader Ismail Hawlader, 29.

Mereka mengaku bersalah terhadap jenayah itu pada 31 Mei lalu.

Terdahulu mereka didakwa menyediakan atau mengumpul wang bagi membiayai kegiatan keganasan di Bangladesh.

Ketua kumpulan itu, Rahman dijatuhi hukuman penjara selama 60 tahun.

Sohel pula dikenakan hukuman penjara selama 24 bulan manakala Miah dan Jabath masing-masing 30 bulan.

Semua suspek antara enam individu yang didakwa dibawah Akta Keganasan (Menyekat Pembiayaan) TSOFA yang pertama kali digunakan untuk pendakwaan.

Dua yang lain, Zzaman Daulat, 34 dan Mamun Leakot Ali, 29, menafikan terlibat dan memohon untuk dibicarakan.

warga Bangladesh, IS

Artikel Lain