BEIJING: Ribut tropika yang melanda China telah mengorbankan 10 orang manakala 11 lagi dilaporkan hilang. Kejadian itu berlaku selepas Taiwan turut mengalami hujan dan angin kencang pada Isnin. Bencana alam yang bermula pada Jumaat lalu membuatkan lebih 15,000 penduduk terpaksa berpindah kerana angin kencang tersebut merupakan antara yang terburuk abad ini. Terdahulu di wilayah Fujian, ribut tropika yang melanda pada Sabtu mengakibatkan kereta terbalik, bangunan retak dan juga menghasilkan lumpur tebal bewarna coklat. Lebih 200,000 penduduk di 10 bandar China telah dipindahkan ke tempat pelindungan sementara dan 1,900 rumah telah musnah pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua. Selain itu, China turut mencatatkan kerugian ekonomi mencapai RM1.3 billion (¥2.2 billion) setakat ini.