suria

Raja Dadah Veteran Mexico Nafi Bunuh Ejen Rahsia AS

Caro Quintero

MEXICO CITY: Seorang raja dadah veteran Mexico menafikan telah membunuh seorang ejen rahsia Amerika Syarikat (AS).

Rafael Caro Quintero yang merupakan pengasas kartel dadah Guadalajara membuat penafian tersebut ketika ditemuramah oleh majalah Proceso.

Bekas banduan yang dibebaskan dari penjara pada 2013 itu juga mendakwa dia telah meninggalkan dunia jenayah selepas 28 tahun berada di penjara.

Caro Quintero, 63, berkata, dia kini ingin hidup dalam keadaan aman dengan bekerja sebagai pengembala lembu.

Raja dadah veteran itu mendapat pembebasan awal walaupun dihukum penjara selama 40 tahun kerana didakwa membunuh dengan kejam ejen rahsia narkotik, Enrique Camarena serta seorang juruterbang, Alfredo Zavala.

"Saya tidak pernah bercakap mengenai kes ini, inilah kali pertama. Saya tidak menculik dan tidak membunuhnya.

"Ya saya berada di situ (ketika kejadian). Hanya itu, tidak lebih," katanya ketika ditemui di satu lokasi rahsia di Mexico.

Caro Quintero turut meminta maaf kepada keluarga mangsa, kerajaan AS , jabatan narkotik AS dan Mexico kerana kejadian tersebut.


Mexico

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain