suria

Keadaan Nathan Masih Kritikal, Tidak Sedar - Lee

SINGAPURA: Bekas presiden Singapura, SR Nathan, terus berada dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

"Bagaimanapun beliau tenang dan stabil ketika ini," kata Lee dalam catatan terbaru di laman Facebooknya pada Jumaat selepas menziarahi Nathan di Hospital Besar Singapura (SGH).

Nathan, 92, dimasukkan ke SGH Ahad lepas setelah diserang strok pada awal pagi hari itu.

"Juga berbual dengan Mrs Nathan dan keluarga. Ini adalah masa yang mencabar bagi mereka. Sokongan dan galakan yang mereka terima daripada banyak orang amat bermakna bagi mereka.

"Mereka terharu dengan begitu banyak mesej dan ucap selamat yang disampaikan. Tidak banyak orang yang memberi begitu banyak sumbangan kepada Singapura seperti Mr Nathan. Semoga anda terus berdoa dan mengingati beliau," tulis Lee.

Nathan adalah presidan Singapura yang paling lama berkhidmat dan menyandang jawatan itu selama dua penggal dari 1999 hingga 2011.

Beliau berundur secara rasmi sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan presiden sekarang, Tony Tan Keng Yam.

Nathan dilantik sebagai Pesuruhjaya Tingggi Singapura di Malaysia pada 1988. - BERNAMA


Artikel Lain