suria

16 Maut, Bas Rombongan Pengantin Jatuh Gaung

Bas yang membawa rombongan pengantin jatuh gaung mengakibatkan 16 terkorban. Foto Pakistantoday

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 16 terkorban selepas bas yang membawa rombongan pengantin untuk ke majlis perkahwinan terjatuh ke dalam gaung di kawasan tanah tinggi Janjaal, Pakistan pada Ahad.

Menurut pegawai bertugas, seramai 29 penumpang bas yang lain cedera, manakala enam berada dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa tempatan juga menjangkakan angka kematian akibat kemalangan itu akan meningkat.

"Bas tersebut membawa 50 penumpang yang akan menghadiri majlis perkahwinan dan mereka bergerak dari Palandari ke Hazira sebelum bas hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung," kata Ketua Polis daerah, Hassan Qayyum kepada AFP.

Pegawai kanan awam daerah itu, Abrar Azam pula berkata, pengantin perempuan dan lelaki tidak berada di dalam bas tersebut.

Kemalangan itu berlaku di kilometer 108 timur laut Islamabad di kawasan bukit Janjaal, yang ditadbir Kashmir.

Pakistan mempunyai rekod kemalangan maut yang paling teruk di dunia disebabkan struktur jalan yang teruk dan mempunyai kalangan pemandu yang cuai. -AFP

Pakistan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain