suria

Pemindahan Di Lapangan Terbang JFK New York Dibuat Selepas Laporan Tembakan

Anggota polis menyekat akses masuk ke Terminal 8 Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy New York. -fotoREUTERS
NEW YORK: Siasatan awal di Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy New York mendapati tiada bukti berlakunya tembakan dalam salah sebuah terminalnya pada Ahad walaupun laporan awal menyatakan bahawa bunyi tembakan kedengaran, kata pengendali lapangan terbang itu.

Tiada sarung peluru ditemui selepas carian dibuat di Terminal 8, lokasi di mana bunyi tembakan dilapor didengari di tempat pelepasan yang membawa kepada pemindahan, kata Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey di laman Twitternya.

"Terminal itu dipindahkan ke luar dengan penuh hati-hati," kata agensi itu.

"Para pelancong perlu menghubungi syarikat penerbangan mereka."

Video dan gambar yang disiarkan di media sosial menunjukkan beratus-ratus orang berpusu-pusu keluar dari Terminal 8, yang digunakan oleh Air Berlin, Alaska Airlines, American Eagle, American Airlines, Finnair dan syarikat penerbangan lain untuk berlepas.

Wartawan koresponden South African Broadcasting Corp Sherwin Bryce-Pease,  yang berpangkalan di New York sedang berada dalam penerbangan Norwegian Airlines dari Paris dan mendarat di JFK.

"Mereka tidak memberitahu apa-apa kepada kami dari dek penerbangan. Pintu hanya dibuka selepas satu jam 15 minit selepas kami mendarat, pengumuman disambut oleh keluhan dalam penerbangan kami dari Paris," katanya.
Lapangan Terbang JFK, tembakan

Artikel Berikut

Artikel Lain