suria

Remaja Ditahan Cubaan Bom Dalam Gereja Di Medan

Remaja lelaki ditahan polis, dipercayai cuba melakukan serangan bom dalam sebuah gereja di Medan, Sumatera Utara pagi Ahad. Foto EPA

JAKARTA: Polis menahan seorang remaja lelaki yang dipercayai cuba melakukan serangan bom dalam sebuah gereja di Medan, Sumatera Utara pagi Ahad.

Media-media online memetik Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Sumatera Utara Nur Falah sebagai berkata, pada kejadian dalam gereja di Jalan Dr Mansur itu, remaja terbabit pada mulanya diberkas oleh orang awam setelah dia cuba menyerang paderi yang sedang berkhutbah.

Katanya, paderi yang dikenali sebagai Albert S.Pandingan itu mengalami luka ringan pada lengan kiri kerana bergelut dengan remaja terbabit yang menyerangnya dengan sebilah pisau sebelum sempat melarikan diri.

Beliau berkata, ketika cuba mengejar paderi berkenaan, remaja terbabit mengalami kecederaan apabila berlaku satu letupan kecil yang mengeluarkan api dari beg yang dibawanya.

"Letupan itu telah mencederakan dia namun orang ramai dalam gereja itu kemudiannya menangkap remaja terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis," kata beliau.

Nur Falah berkata, setelah ditahan, remaja itu mengakui cuba membuat serangan bom di gereja itu dan polis turut menemui sebutir bom buatan sendiri yang belum meledak, pisau, kapak dan benda benda tajam dalam begnya.

Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan remaja itu kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Setakat ini, polis belum dapat mengesahkan motif serangan dan tidak dapat memastikan sama ada remaja terbabit mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan

pengganas. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain