suria

Lebih 300 Rusa Liar Mati Disambar Petir Di Norway

-fotoAP
STOCKHOLM: Lebih dari 300 ekor rusa liar terbunuh akibat disambar petir di tengah Norway.

Agensi Alam Sekitar Norway telah mengeluarkan gambar-gambar ngeri menunjukkan bangkai rusa yang berselerakan di sebuah kawasan kecil di dataran tinggi gunung Hardangervidda.

Agensi itu berkata sebanyak 323 ekor haiwan telah terbunuh termasuk 70 ekor anak lembu dalam kejadian ribut petir, Jumaat.

Jurucakap agensi, Kjartan Knutsen memberitahu The Associated Press bahawa bukan sesuatu yang luar biasa apabila rusa atau hidupan liar lain mati disebabkan petir tetapi kejadian tersebut adalah peristiwa luar biasa.

"Kami tidak pernah mendengar tentang jumlah seperti ini sebelum ini," katanya, Isnin.

Beliau berkata rusa cenderung untuk duduk rapat-rapat antara satu sama lain dalam keadaan cuaca buruk, yang boleh menjelaskan bagaimana jumlah yang terbunuh menjadi begitu banyak secara sekali gus.

"Saya tidak tahu jika terdapat beberapa serangan petir," katanya.

"Tetapi ia berlaku dalam satu masa."

Knutsen berkata agensi itu kini membincangkan apa yang perlu dilakukan dengan haiwan-haiwan yang mati itu.

Biasanya, ia hanya akan dibiarkan di situ, di mana ia akan menjalani proses pereputan secara semula jadi.

Artikel Lain