suria

Duterte Batal Lawatan Ke Brunei Selepas Serangan Bom Davao

Duterte bergegas ke bandar Davao sebaik mendapat berita serangan bom yang mengorbankan penduduk di situ.

MANILA: Presiden Rodrigo Duterte membatalkan kunjungannya ke Brunei susulan serangan bom di pasar malam kampung halamannya di bandar Davao.

Dalam kejadian itu, seramai 14 penduduk bandar berkenaan terkorban, manakala 67 lain cedera dalam kejadian di Roxas Boulevard.

"Kunjungan ke Brunei dibatalkan," demikian menurut Setiausaha Perhubungan Presiden, Martin Andara kepada wartawan.

Duterte dijadualkan berada di Brunei dari 3 hingga 5 September.

Brunei sepatutnya menjadi lawatan luar negara pertama Duterte sebagai Presiden Filipina.

Bagaimanapun, Malacanang yang juga kediaman dan pejabat rasmi Presiden belum mengesahkan sama ada Duterte akan turut membatalkan kehadirannya pada Sidang Kemuncak Asean di Laos  dan lawatannya ke Indonesia yang dijadualkan minggu depan. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Duterte, Martin Andara, Davao, bom

Artikel Berikut

Dubai Perkenal Bas Tanpa Pemandu

Artikel Lain