suria

Atlet Paralimpik S'pura Dihargai Dengan Figura Mini Lego

SINGAPURA: Lego Singapura memberi penghormatan kepada dua atlet renang Paralimpik negaranya, Yip Pin Xiu dan Theresa Goh dalam bentuk figura mini yang direka bagi menggambarkan mereka.

Menerusi satu kenyataan berserta gambar di Facebook pada Selasa, Lego menyebut: "Tahniah Yip Pin Xiu dan Theresa Goh kerana membawa kebanggaan kepada Singapura! Pencapaian anda memberikan insipirasi kepada kita semua."

'Post' berkenaan memperoleh lebih 2,000 tanda suka (like), dengan media sosial banyak memberi komen positif berhubung tindakan Lego otu.

Goh sendiri menulis komen: "Hahahah, ia terbaik! Terima kasih!!!"

Atlet Paralimpik berusia 29 tahun itu telah bertanding dalam empat kali temasya sukan itu setakat ini, dan akhirnya memperoleh pingat di Rio de Janeiro.

Beliau mendapat pingat gangsa dalam acara 100m kuak dada SB4 pada Ahad lalu.

Rakan sepasukannya, Yip, 24 memenangi pingat emas dalam acara 100m kuak dada S2 pada Jumat lalu, dengan dua rekod dunia. – The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain