suria

Peminat Tegar Kecewa iPhone 7 Habis Dijual Semasa Pelancaran

SYDNEY: Pengguna tegar produk Apple pulang dengan 'tangan kosong' selepas syarikat itu mengumumkan beberapa model iPhone 7 sudah habis dijual semasa pelancaran pada Jumaat.

iPhone 7 yang kembali dengan pelbagai fungsi dinaik taraf dari segi kamera, fon telinga tanpa wayar dan kalis air.

Ini bagi memastikan syarikat teknologi terbesar di Amerika Syarikat ini dapat meningkatkan jualan walaupun persaingan dalam industri ini semakin sengit.

Reaksi yang pelbagai daripada pengguna Apple dapat dilihat ketika syarikat itu mengumumkan untuk singkirkan ‘headphone jacks’ dan fokus kepada teknologi tanpa wayar.

Namun, topik utama pada Jumaat adalah berkaitan dengan bekalan telefon itu sendiri.

Apple berkongsi kejayaan apabila saham tamat sebanyak 3.4 peratus, berjumlah $115.56 pada Khamis, menjelaskan bahawa iPhone 7 Plus dan iPhone 7 versi ‘jet black’ telah habis dijual pada tempahan awal sebelum dilancarkan di kedai.

Iphone 7

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain