suria

Guna Robot Beli iPhone 7

SYDNEY: Sebuah syarikat rangkaian telekomunikasi di Australia memiliki cara yang unik mengelakkan pelanggannya beratur panjang atau berkhemah di luar kedai bagi membeli produk terbaharu Apple, iPhone 7 apabila mengerahkan kira-kira 100 robot bagi melaksanakan tugas itu.

Dengan bantuan sekumpulan robot kecil itu yang dikenali sebagai Alpha 1, syarikat telekomunikasi Spark turut membantu pelanggannya menjadi pembeli terawal memilik gajet tersebut walaupun mereka berada di rumah.

Kesemua robot berkenaan disusun di hadapan kedai sebagai pengganti kepada pelanggannya dan lebih menarik lagi ia memiliki beberapa fungsi lain.

Alpha 1 boleh melakukan aksi tarian, mempamerkan kemahiran kung fu dan menyiarkan siaran langsung kepada pelanggan berhubung situasi terkini ketika berbaris untuk mendapatkan gajet berkenaan.


"Askar robot" ini dihasilkan oleh syarikat teknologi China, UBTECH dan setiap satu daripadanya dihubungkan kepada pelanggan Spark yang boleh mengawal pergerakan robot tersebut menggunakan aplikasi khas di telofon pintar.

Pengurus Besar Bahagian Pemasaran dan Pelanggan Spark, Clive Ormerod berkata, fenomena pelanggan beratur panjang di luar kedai untuk membeli gajet terbaharu merupakan sebahagian budaya teknologi.

"Orang ramai sanggup beratur panjang serta berkhemah untuk mendapatkan gajet terkini.

"Dengan idea ini (robot Alpha 1), kami memanfaatkan teknologi untuk membantu pelanggan membeli produk yang mereka minati dengan lebih mudah tanpa perlu beratur atau berkhemah," katanya.


iPhone

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Anak Kucing Miliki "13 Nyawa"

Artikel Lain