Dalam satu kenyataan, Penguatkuasa Lapangan terbang Antarabangsa Manila (Miaa) berkata pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan Manila bahawa penerbangan Saudia SVA 872 dari Jeddah berada 'di bawah ancaman' pada jarak 20 batu sebelum mendarat.
Pesawat itu membawa jemaah haji yang baru pulang dari mengerjakan haji di Mekah. Penumpang sepatutnya mendarat pada pukul 1.00 tengahari waktu tempatan.
Miaa berkata pihaknya masih membuat pengesahan laporan bahawa pesawat itu telah dirampas, sambil menambah ia telah diasingkan untuk protokol keselamatan.
Situasi di kawasan itu masih tidak jelas. Kakitangan pihak berkuasa Kumpulan Keselamatan Penerbangan Nasional Filipina dan eksekutif syarikat penerbangan berada di lokasi. - Philippine Daily Inquirer / Asia News Network