SICHUAN: Sebuah pesawat terbang ke arah yang salah selepas berlepas dari lapangan terbang di barat daya China, menurut laporan satu laman web berita. Air China berlepas dari lapangan terbang Chengdu di wilayah Sichuan pada pagi Ahad untuk ke Lhasa di Tibet, tetapi menyimpang dari laluannya. Menurut laporan itu, pusat kawalan trafik udara telah memberikan laluan penerbangan kepada kru, tetapi pesawat berkenaan menuju ke arah bertentangan. Juruterbang penerbangan CA4401 itu kemudiannya menyedari kesilapan itu dan menghubungi pusat kawalan trafik udara yang menjadualkan semula laluan pesawat berkenaan. Laporan tersebut bagaimanapun tidak melaporkan berapa lama juruterbang terbabit menyedari kesilapan yang dilakukannya. Laman web Flightradar24 turut mengesan laluan penerbangan bagi pesawat itu menyimpang dari laluannya. Tambah laporan itu, Air China mengeluarkan surat amaran kepada juruterbang terbabit berhubung insiden yang berlaku. – South China Morning Post.