suria

Asap Dalam Kokpit, Pesawat Lufthansa Mendarat Cemas

Gambar hiasan.

FRANKFURT: Pesawat Lutfhansa Boeing 747 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Gander, Newfoundland di timur Kanada pada Selasa selepas asap memenuhi bahagian kokpit.

Menurut jurucakap Lutfhansa pada Rabu, seramai 345 penumpang dan 18 anak kapal berada dalam penerbangan dari Frankfurt ke Orlando, Florida.

Tambah jurucakap itu, kesemua penumpang dan anak kapal tidak mengalami sebarang kecederaan dan mereka keluar dari pesawat tanpa menggunakan laluan kecemasan.

Syarikat penerbangan Jerman itu kemudiannya menerbangkan semula penumpang ke Florida menggunakan pesawat lain.

Luthansa turut mengarahkan juruteknik mengadakan siasatan berhubung insiden. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Lain