suria

Wanita Seberat 500 Kilogram Tidak Pernah Keluar Rumah 25 Tahun

IMAN hanya terlantar di katil sejak 25 tahun lalu akibat menderita penyakit jangkitan kuman yang menyebabkan anggota badannya membesar secara mendadak. - AGENSI

KAHERAH: Seorang wanita di Mesir yang memiliki berat badan kira-kira 500 kilogram dan tidak pernah meninggalkan rumahnya selama 25 tahun, dipercayai menjadi wanita terberat di dunia.

Menurut laporan portal Mail Online, disebabkan berat badannya itu, wanita terbabit, Iman Ahmad Abdulati tidak mampu bergerak dari katil walaupun hanya untuk memusingkan badannya.

Sebaliknya, wanita berusia 36 tahun itu terpaksa bergantung kepada bantuan ibu dan adiknya untuk melakukan perkara harian seperti makan, menyalin pakaian dan membersihkan diri.

Berdasarkan laporan portal Al Arabiya, Iman dilahirkan dengan berat badan kira-kira lima kilogram dan disahkan menghidap penyakit elaphantiasis, iaitu jangkitan kuman yang menyebabkan anggota badannya membesar secara mendadak.

Pakar fizik mendapati keadaan Iman disebabkan gangguan kelenjar yang beerti badannya menyimpan lebih banyah air berbanding kadar normal.

Ketika masih bayi, Iman tidak mampu bergerak dengan betul dan terpaksa bergantung kepada kedua-dua tangan untuk berbuat demikian.

Malah pada usia 11 tahun, dia tidak mampu berdiri akibat berat badan melampau, sekali gus terpaksa menggunakan lutut untuk bergerak di dalam rumah.

Pada usia yang sama juga, Iman meninggalkan alam persekolahan dan keadaan diburukkan lagi apabila dia mengalami serangan strok serebrum yang menyebabkan wanita terbabit terlantar di atas katil sehingga kini.

Kini selepas 25 tahun, ahli keluarganya menyiarkan kisah Iman di dalam laman sosial bagi meminta bantuan Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi untuk menghulurkan bantuan perubatan.






Wanita Terberat, Mesir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain