BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan di China mengalami detik-detik mengerikan apabila kakinya tersepit pada pintu automatik di sebuah hotel, baru-baru ini. Dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel di Fuyang City dekat wilayah Anhui 23 Oktober lalu, budak berusia empat tahun itu terpaksa diselamatkan oleh sepasukan bomba yang menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan kaki mangsa. Anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi membesarkan ruang antara pintu berkenaan sambil kanak-kanak tersebut ditenangkan oleh ibu dan bapanya. ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa. - MAIL ONLINE Operasi menyelamat mengambil tempoh kurang 30 minit sebelum mangsa diselamatkan dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Doktor memaklumkan kanak-kanak itu hanya mengalami kecederaan kecil. Punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan. Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/news/article-3870280/Heart-stopping-moment-four-year-old-girl-rescued-getting-foot-trapped-revolving-door-China.html