suria

Tembakan Rambang Di Yala, Dua Polis Maut

SEBAHAGIAN anggota polis yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan selepas kejadian tembakan rambang di Balai Polis Benang Setar pada 25 Oktober 2016. - BERNAMA

YALA: Dua anggota polis maut manakala 13 yang lain cedera parah dalam satu kejadian tembakan secara rambang di Balai Polis Benang Setar, Yala malam Selasa.

Ketua Polis Wilayah Yala Mej Jen Krisada Jandee berkata, kejadian pada 8.30 malam (waktu tempatan) itu dipercayai dilakukan oleh seorang anggota polis dari Balai Polis Batu Tamong, Benang Setar yang mengalami masalah tekanan mental.

"Suspek melepaskan tembakan menggunakan senjata M-16 itu ke arah sekumpulan anggota polis dan orang awam yang sedang menjamu selera. Empat daripada yang cedera parah itu adalah orang awam," katanya pada Rabu.

Dua anggota polis yang maut itu berumur 39 dan 44 tahun, katanya dan menambah, usaha memburu anggota polis dipercayai melepaskan tembakan itu telah dilakukan tetapi belum berhasil.

Katanya, pihak berkuasa juga masih menyiasat tentang motif kejadian itu. - BERNAMA

Polis, Yala, Tembakan

Artikel Sebelum

Artikel Lain