KEGILAAN untuk memiliki telefon pintar iPhone bukan sesuatu yang baharu kerana banyak cerita tentang peminat fantatik sanggup menjual buah pinggang semata-mata mahu membeli gajet tersebut. Namun satu kisah unik yang berlaku di Ukraine pada Isnin mungkin merupakan yang pertama apabila seorang remaja lelaki sanggup menukarkan namanya secara sah bagi mendapatkan model terbaharu iPhone 7 secara percuma. Kos sebuah iPhone 7 di Ukraine dianggarkan AS$850 (RM3500), tetapi remaja itu yang dikenali sebagai Alexander Turin menukar namanya menjadi iPhone Sim demi memenuhi impiannya. Sim bermaksud tujuh dalam bahasa Ukraine dan kos yang perlu ditanggung untuk menukar namanya hanya AS$2 (RM8) sahaja. Remaja berusia 20 tahun itu mengetahui promosi yang dibuat oleh kedai Apple di Ukraine yang menawarkan gajet percuma kepada lima individu yang sanggup menukar nama mereka kepada iPhone 7. Sim bagaimanapun berkata, dia akan menggunakan nama baharu itu buat sementara waktu dan akan menukar semula ke nama asal.