suria

Pusat Karaoke Terbakar, 13 Maut

Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran di pusat karaoke di Hanoi pada 1 November 2016 yang mengorbankan 13 nyawa. - AFP

HANOI: Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan dua anggota polis cedera dalam kebakaran di sebuah pusat karaoke di ibu negara Vietnam pada Selasa.

Menurut laporan pegawai tempatan The Chung, kebakaran itu berlaku di daerah Cau Giay pada waktu tengah hari dan sejumlah motosikal serta kereta yang terletak di luar bangunan terbabit musnah dijilat api..

Jelas Chung, beratus-ratus anggota bomba dan polis dikerah untuk memadamkan kebakaran itu yang marak dengan pantas ke kawasan penempatan yang terletak berdekatan pusat hiburan tersebut.

"Dua anggota polis terpaksa menerima rawatan selepas cedera ketika cuba memadamkan kebakaran," katanya.

Perdana Menteri Nguyen Xuan Phuc turut mengarahkan polis untuk melancarkan siasatan berhubung punca kejadian terbabit dan akan mengambil tindakan tegas jika pemilik pusat itu melakukan kesalahan.

Beliau turut mengarahkan pihak berkuasa tempatan melakukan pemeriksaan rapi di pusat hiburan dan restoran bagi memastikan tahap keselamatan dipatuhi.

Kejadian kebakaran rumah, pusat hiburan dan restoran sering berlaku di Vietnam ekoran kekurangan anggota bomba dan peralatan memadamkan atau mencegah kebakaran.

Pada September lalu, sebuah pusat karaoke setinggi tujuh tingkat di Hanoi munsah akibat kebakaran tetapi tiada kematian dilaporkan. - AFP

Vietnam, Kebakaran, Karaoke

Artikel Sebelum

Artikel Lain