suria

iPhone 7 Terkuat, Teringan Dijual RM71,000

Hanya 77 unit sahaja iPhone 7 edisi khas yang kuat dan ringan ini dijual di seluruh dunia. -Ihsan GOLDEN DREAMS

BASEL: Syarikat barangan mewah Switzerland, Golden Dreams menampilkan edisi khas telefon pintar iPhone 7 yang memiliki ciri unik termasuk sukar dipecahkan dan terlalu ringan.

iPhone 7 Edisi Konsep Karbon itu disaluti bekas yang diperbuat daripada karbon fiber, sekali gus menjadikan telefon pintar tersebut antara paling ringan dan kuat di dunia.

Namun edisi khas tersebut hanya dihasilkan sebanyak 77 unit sahaja dan dijual dengan harga AS$17,000 (RM71,000) seunit.

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Dreams, Alexandre Masson berkata, ramai pelanggannya yang terdiri daripada orang kaya dan berkuasa mahu iPhone yang kuat tetapi ringan.

Jelasnya, dia mendapat idea tersebut selepas melihat beberapa jam tangan yang diperbuat daripada karbon fiber.

"Kami mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan bekas iPhone yang kuat dan diperbuat daripada bahan yang sama.

"Karbon fiber ini merupakan gred yang sama digunakan untuk rangka luar kereta Formula Satu dan kapal layar yang bertanding dalam Piala Amerika," katanya.



iPhone 7, Teringan, Terkuat

Artikel Sebelum

Artikel Lain