suria

Pilihan Raya Presiden AS: Trump Menang Di Dua Negeri, Clinton Satu

NEW YORK: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Donald Trump memberi saingan sengit kepada pencabarnya, Hillary Clinton apabila memperoleh undi tertinggi di negeri Kentucky dan Indiana.

Stesen Televisyen AS yang mengumumkan keputusan tidak rasmi itu berkata Clinton pula menang di negeri Vermont.

Kemenangan awal untuk kedua-dua calon di semua tiga negeri masih terlalu awal untuk diramal.

Pusat pengundian di negeri Virgina dan Georgia ditutup walaupun belum ada keputusan rasmi mengenainya.

Proses pengundian akan berakhir di negeri Carolina Utara dan Ohio dalam masa 30 minit.

Terdahulu, Clinton mendahului Trump dengan undian 44 peratus berbanding 39 peratus dalam satu pungutan suara berasingan Reuters/Ipsos yang dijalankan sebelum pemilihan sebenar.


Donald Trump, Hillary Clinton, AS

Artikel Lain