suria

Dua Pusat Mengundi Di Selatan California Ditutup Selepas Insiden Tembakan

LOS ANGELES: Dua pusat mengundi di California terpaksa ditutup pada Rabu selepas seorang terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di kawasan berhampiran, lapor media dan pihak berkuasa.

Kejadian tembakan itu berlaku awal petang di bandar Azusa, 40 kilometer di timur Los Angeles, kata jurucakap Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Vanessa Lozano.

Beliau berkata, tiga orang dibawa ke hospital dengan dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal akibat terkena tembakan dan seorang lagi meninggal dunia sejurus tiba di hospital.

Pejabat Pendaftar L.A County mengesahkan pusat pengundian, Memorial Park dan Dalton Elementery School telah ditutup.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada insiden itu ada kaitan dengan pilihan raya presiden di negara tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain