suria

Pusat Undian Enam Negeri Pertama Ditutup

WASHINGTON: Enam negeri pertama menutup pusat undian bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat melibatkan saingan satu lawan satu antara calon presiden Demokrat, Hillary Clinton dan Republikan Donald Trump.

Seluruh negara dan dunia kini menantikan keputusan persaingan sengit kedua-dua calon pilihan raya itu. Negeri-negeri yang sudah menutup pusat mengundi pada jam 12 tengah malam (waktu tempatan) adalah Georgia, Kentucky, Vermont, Indiana, South Carolina dan Virginia.

Sementara itu di LOS ANGELES, sebuah pusat mengundi di California terpaksa ditutup selepas seorang terbunuh dan tiga lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di kawasan berhampiran, lapor media dan pihak berkuasa.

Kejadian tembakan itu berlaku awal petang di bandar Azusa, 40 kilometer di timur Los Angeles, kata jurucakap Jabatan Bomba Daerah Los Angeles, Vanessa Lozano kepada AFP.

Beliau berkata, tiga orang dibawa ke hospital dengan kesan tembakan dan seorang daripadanya meninggal dunia sebaik tiba.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai kejadian di kawasan perumahan itu masih belum diperoleh.

Pusat mengundi berhampiran kawasan kediaman itu terpaksa ditutup termasuk sebuah sekolah, menurut laporan media tempatan. - AFP


Artikel Lain