suria

Polis Beijing Tumpas Laman Web Pornografi Gadis Bawah Umur

Suspek yang ditahan kerana terlibat mengendalikan laman web video pornografi gadis bawah umur.

BEIJING: Polis Beijing berjaya menggodam laman web yang menyebarkan video pornografi melibatkan lebih 30 gadis bawah umur yang dirogol atau dicabul.

Jinghua Times melaporkan, polis berjaya menahan suspek utama selepas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, memberi informasi mengenai seorang pengguna internet warga China yang memuat turun sejumlah besar video pornografi kanak-kanak di laman web berkenaan.

Suspek itu adalah seorang lelaki berusia 19 tahun ditahan pada Mac lalu.

Laman web ini tidak boleh diakses melalui enjin carian konvensional dan dianggap sebagai 'syurga' bagi pesalah siber.

Pemantauan pihak berwajib mendapati, ratusan video pornografi dapat ditontoni secara terbuka di laman web itu.

Menurut seorang pegawai polis, lebih 30 gadis yang diculik lelaki menaiki motosikal sebelum dicabul dan dirogol.

"Video itu telah diakses lebih daripada 20,000 kali," katanya.

Lapan suspek yang mengedar dan muat turun video pornografi telah ditahan, manakala 17 yang lain ditahan atas kesalahan merogol dan mencabul.

Terdapat lapan suspek yang mengedar dan muat turun pornografi kanak-kanak di internet telah ditahan, manakala 17 yang lain ditangkap kerana kesalahan merogol dan mencabul gadis bawah umur.- South China Morning Post



China, pornografi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain