suria

Rumah Anak Yatim Di Aceh Uzur

BANDA ACEH: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) terkejut apabila melihat keadaan rumah anak yatim yang dibina selepas tragedi tsunami pada 2004 kini berada dalam keadaan uzur dan terbiar.

Ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan PBSM, James Kon berkata beliau tidak menjangka untuk melihat ruamh anak-anak yatim itu berada dalam keadaan daif.

PBSM telah mengumpul dana untuk membina rumah anak yatim tersebut kira-kira 12 tahun yang lalu.

Berjalan di sekitar premis, kepingan siling dan bumbung boleh dilihat di lantai dengan cat mengelupas dari dinding dan sampah sarap bertaburan.

Pelbagai kemudahan luar dan perabot turut rosak.

"Bangunan ini memerlukan sedikit penyelenggaraan. Terdapat kebocoran dan beberapa pembaikan pada siling perlu dilakukan.

"Tetapi yang lebih penting adalah keadaan hidup kanak-kanak itu - tempat tidur mereka, tilam yang mereka tidur sudah berusia 12 tahun dan perlu digantikan," kata Kon.

Beliau berkata kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi itu akan dinilai dan "kemungkinan besar kita akan menyeru rakyat Malaysia untuk mengumpul dana tidak lama lagi."

The Star Online menemani PBSM untuk menilai kerosakan yang disebabkan oleh gempa bumi pada 7 Disember lalu di Pidie Jaya dan bagi memeriksa keadaan rumah anak yatim tersebut.

Penjaga pusat berkenaan, Tunku Rusne berkata banjir tahunan yang melanda daerah itu menyumbang kepada kerosakkan dan kesan lusuh pada bangunan berkenaan.

"Banjir berlaku setiap tahun dan ia boleh mencapai tahap pinggang, kira-kira tiga kaki (0.91m) dalam," katanya.

Aceh, Tsunami, Gempa Bumi, PBSM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain