suria

Facebook Perkenal Mekanisme Sekat Berita Palsu

WASHINGTON: Facebook Inc berkata pihaknya akan memperkenalkan mekanisme baharu untuk mengekang penyebaran berita palsu menerusi aplikasi berkenaan.

Ia susulan kritikan yang diterima kononnya mereka tidak bertindak dengan efisyen untuk memerangi masalah tersebut semasa kempen presiden Amerika Syarikat.

Syarikat rangkaian sosial itu menegaskan bahawa ciri-ciri baharu itu adalah sebahagian daripada proses yang berterusan untuk memperbaiki dan menguji bagaimana ia boleh menyekat berita palsu.


Gambar kombo yang disediakan Facebook menunjukkan beberapa langkah baharu bagi membendung penyebaran berita palsu di rangkaian sosial berkenaan.

Facebook berhadapan aduan melibatkan kaedah pemantauan kandungan yang dimuat naik oleh 1.8 bilion penggunanya.

Facebook berkata mereka bekerjasama dengan organisasi seperti laman web semakan fakta Snopes, ABC News dan Associated Press bagi memeriksa ketulenan berita.

Jika organisasi berkenaan mendapati bahawa kandungan sesuatu berita itu adalah palsu, Facebook berkata ia akan ditandakan sebagai "pertikaian". -Reuters

Facebook

Artikel Sebelum

Artikel Lain