suria

PBB Akan Undi Untuk Hantar Pemerhati Ke Aleppo

Penduduk di timur Aleppo dipindahkan ke kawasan luar bandar di barat wilayah bergolak itu.

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengundi pada Isnin berhubung draf resolusi Perancis untuk menghantar wakil PBB ke Aleppo.

Rusia mengancam untuk menolak draf pertama disampaikan Perancis untuk menghantar pemerhati bagi memantau proses pemindahan di Allepo dan melaporkan mengenai perlindungan orang awal di wilayah bergolak itu.

Namun selepas rundingan tertutup hampir empat jam pada Ahad, draf baharu telah dipersetujui.

Duta Rusia Vitaly Churkin memberitahu pemberita bahawa: "Kami mempunyai draf yang baik dan bersetuju untuk mengundi hari ini."

Sementara itu, Duta Perancis, Francois Delattre mengisytiharkan majlis tersebut mencapai kata sepakat.

Duta Amerika Syarikat Ke PBB, Samantha Power berkata proses undian itu akan diadakan pada pukul 9 pagi (1400 GMT) waktu tempatan.

Pengundian pada awalnya dibentangkan untuk Ahad tetapi ditangguhkan ke Isnin bagi membolehkan delegasi Rusia berunding dengan Moscow pada resolusi draf akhir yang memperuntukkan pemerhati PBB dan antarabangsa yang lain dihantar ke timur Aleppo.
Aleppo, PBB

Artikel Lain