suria

Aksi Kanak-Kanak Tunggang Aligator Undang Kecaman

SATU rakaman video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan 'menunggang' seekor aligator mencetuskan kritikan dalam kalangan netizen.

Dalam rakaman selama 32 saat itu, kanak-kanak berkenaan dilihat duduk di belakang aligator berukuran 2.4 meter sambil disaksikan oleh beberapa individu dewasa lain.

Lokasi rakaman tersebut tidak dapat dipastikan, tetapi ada laporan  mendakwa aksi berbahaya itu dilakukan pada sesi khas untuk mendedahkan kepentingan pemuliharaan haiwan kepada kanak-kanak.

Namun ada pihak mendakwa, rakaman itu diambil untuk program Jim Nesci’s Cold Blooded Creatures yang diadakan khas bagi menyambut hari jadi kanak-kanak sambil mempromosikan kepentingan pemuliharaan haiwan.

Syarikat perfileman yang beribu pejabat di Chicago itu akan membawa aligator bernama Bubba yang disifatkan sebagai dinasour yang masih hidup sehingga ke zaman ini.

Video pendek yang ditonton lebih 30,000 kali di Youtube dengan tajuk Katie Menunggang Aligator, mencetuskan kritikan dalam kalangan pengguna Internet walaupun rakaman tersebut dipercayai diambil pada 2013.

Ramai netizen menyifatkan aksi tersebut sebagai berbahaya selain menyelar perbuatan berkenaan sebagai mendera haiwan.

"Aksi itu tidak lucu. Haiwan tersebut boleh membunuh kanak-kanak terbabit dengan mudah. Tindakan itu sangat tidak bertanggungjawab," kata seorang pengguna YouTube yang dikenali sebagai SimplyLatino.

"Bukan hanya kanak-kanak itu dalam bahaya, tetapi juga aligator tersebut.

"Tidak seperti kuda atau unta, bahagian belakang badan aligator tidak mampu menampung berat seorang manusia," kritik netizen dalam laman sosial Viral Nova.

Aligator

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain