suria

Jurukamera Hungary Tendang Pelarian Terima Hukuman

BUDAPEST: Seorang jurukamera wanita yang mencetuskan kemarahan dunia selepas dirakamkan menendang dan menyadung kaki pelarian di sempadan Hungary-Serbia pada dua tahun lalu, akhirnya menerima hukuman atas perbuatannya itu.

Petra Laszlo, dikenakan hukuman pemantauan selama tiga tahun atas kesalahan salah laku oleh sebuah mahkamah di Szeged pada Khamis dan dia teurs menangis apabila hukuman itu dibacakan.

"Semuanya berakhir dalam tempoh dua saat. Semua orang menjerit dan situasi itu menakutkan.

"Saya berasa panik seolah-olah akan diserang," kata Laszlo untuk mempertahankan tindakannya menendang pelarian dalam kejadian pada September 2015.

Dalam insiden itu, rakaman Laszlo menendang seorang dua orang pelarian termasuk seorang kanak-kanak perempuan ketika sedang melarikan diri daripada polis, tersebar dalam laman sosial.

Dia turut menyadung seorang pelarian lelaki Syria berusia 52 tahun yang sedang mendukung anak, menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

Laszlo yang sebelum ini berkata mahu menyaman pelarian Syria itu, dipecat oleh syarikat N1TV atas perbuatannya itu.


Petra Laszlo

Artikel Berikut

Artikel Lain