DALAM dunia teknologi maklumat yang semakin maju, kata kunci merupakan elemen paling penting buat pengguna untuk memastikan segala data mereka adalah selamat. Namun selepas 17 tahun menempuh zaman milenium, masih ramai pengguna teknologi memilih kata kunci yang lemah untuk melindungi akaun mereka. Berdasarkan maklumat syarikat keselamat digital yang beribu pejabat di Chicago, Keeper Security, kata kunci '123456' merupakan paling popular digunakan sepanjang 2016, maklumat paling mudah digodam dalam tempoh beberapa saat sahaja. Keeper Security mengkaji lebih 10 juta kata kunci dan mendapati 17 peratus akaun menggunakan kata kunci lemah tersebut. "Lihat kata kunci yang paling biasa digunakan sepanjang 2016, amat mengejutkan. "Lebih mengecewakan, banyak pengendali laman web tidak mengingatkan pengguna agar menetapkan kata kunci yang paling sesuai untuk akaun mereka," " katanya pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Darren Guccione. Kajian sama pada tahun 2015 mendapati, penggunaan kata kunci 'password' paling popular dalam kalangan pengguna tetapi kali ini kata kunci itu jatuh ke tangga kelapan. Berikut adalah penggunaan kata kunci yang popular sepanjang 2016. 1. 123456 2. 123456789 3. qwerty 4. 12345678 5. 111111 6. 1234567890 7. 1234567 8. password 9. 123123 10. 987654321 11. qwertyuiop 12. mynoob 13. 123321 14. 666666 15. 18atcskd2w 16. 7777777 17. 1q2w3e4r 18. 654321 19. 555555 20. 3rjs1la7qe 21. google 22. 1q2w3e4r5t 23. 123qwe 24. zxcvbnm 25.1q2w3e