suria

'Tolong Jadi Manusia'

SATU kemalangan jalan raya di Venezuela baru-baru ini mempamerkan nilai kemanusiaan yang semakin hilang.

Berdasarkan rakaman video amatur seorang wanita yang memandu kereta di lokasi kejadian, kelihatan sekumpulan pemandu sedang sibuk mengutip wang yang berteraburan di atas jalan raya ekoran kemalangan tersebut.

Namun lebih menyedihkan, mereka tidak mempedulikan nasib seorang mangsa yang cedera dan hanya memikirkan tentang wang.

Malah pemandu wanita yang merakamkan video tersebut sempat menjerit kepada mereka dengan berkata, "Tolong jadi manusia, jangan jadi jahat."

Menurut laporan wartawan tempatan, Plabeysa Ostos, kejadian itu berlaku di Upata dan dua kematian dicatatkan dalam kemalangan tersebut.

Jelasnya, ramai pemandu memberhentikan kereta tetapi hanya mahu mengutip wang yang bertaburan.

Malah katanya, pemandu terlibat tidak mengendahkan dua mayat yang terbunuh dalam kemalangan itu.

"Dua mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Moises Aguinagalde dan Carlos Lean.

"Seorang lagi mangsa merupakan wanita, Anais Leal, 30, mengalami kecederaan parah dan telah dibawa ke hospital berdekatan," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu menaiki sebuah van dengan membawa wang yang banyak untuk membeli makanan di selatan negara.

Punca kemalangan tidak dapat dipastikan.

Venezuela dilanda krisis ekonomi sejak 2008 dan mengalami masalah kekurangan bahan makanan yang meruncing.

Venezuela, Kemalangan

Artikel Sebelum

'123456' Paling Popular

Artikel Berikut

Artikel Lain