suria

Tikus 'Dimalukan' Gara-Gara Curi Makanan

BEIJING: Seorang pemilik kedai di China tampil dengan idea yang aneh untuk 'menghukum' tikus yang mencuri makanan di premisnya.

Pemilik kedai tersebut, Lai Tiancai mengikat tikus yang ditangkap dan menggantungkan nota pada haiwan tersebut sebagai 'hukuman' memalukan selain mahu memberi amaran kepada spesies berkenaan.

Gambar 'hukuman' itu tersebar dalam laman sosial Weibo dan kelihatan nota yang digantung pada haiwan tersebut berbunyi, "Saya tidak akan melakukannya lagi."

Malah ada nota lain berbunyi, "Adakah ini yang terbaik anda mampu lakukan" dan "Jika anda memukul saya sehingga mati, saya tidak akan mengaku mencuri beras di rumah anda."

Gambar itu mengundang pelbagai reaksi netizen termasuk rasa kasihan dan rasa marah yang diluahkan terhadap haiwan malang tersebut.

Bagaimanapun pemilik kedai terbabit mempertahankan tindakannya dengan berkata, ia sekadar tikus.


China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain