SANTIAGO: Pihak berkuasa Chile menahan 43 individu kerana disyaki menyebabkan kebakaran hutan hingga mengorbankan 11 orang dan memusnahkan kawasan yang luas. Bagi tempoh dua minggu, kebakaran itu telah merebak sehingga tujuh wilayah di selatan dan pusat Chile mencecah lebih 400,000 hektar, kata Presiden Michelle Bachelet pada Ahad. Majoriti suspek ditahan di O'Higgins, Maule dan Biobio. Mereka boleh berdepan dengan hukuman penalti penjara 20 tahun. Daripada 130 lokasi kebakaran hutan yang aktif ketika ini, 50 telah dapat dikawal, manakala 66 lagi kawasan masih dalam proses untuk menangani api yang masih merebak. Kerajaan Chila juga mengedarkan bantuan kepada mangsa di kawasan terlibat yang kebanyakannya petani di mana kediaman, ternakan dan tanah mereka musnah akibat bencana itu. Lebih 11,000 orang sedang berusaha membantu memadamkan kebakaran termasuk pasukan tentera, polis, pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Daripada jumlah ini, lebih separuh adalah bantuan pihak negara luar yang dianggap operasi kecemasan paling besar dalam sejarah negara itu.- AFP