suria

Pemimpin Tertinggi IS Di Asia Tenggara Cedera Teruk

Isnilon Hapilon
MANILA: Komander kumpulan pengganas Negara Islam (IS) di Asia Tenggara cedera teruk dalam serangan udara oleh pasukan keselamatan yang memburunya di selatan Filipina, menurut tentera negara itu, Ahad.

Ketua Turus tentera Filipina Jeneral Eduardo Ano memberitahu pemberita bahawa ketua kumpulan militan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, memerlukan pemindahan darah.

"Dia akan mati jika tidak mendapat rawatan perubatan yang betul. Dia sedang terlantar. Dia tidak boleh berjalan lagi.

"Dia dibawa di atas pengusung oleh empat lelaki," katanya.

Beliau memetik maklumat risikan yang disediakan oleh tentera bertugas di lapangan dan orang awam.

Setiausaha Pertahanan Delfin Lorenzana pada Sabtu berkata Hapilon telah cedera dalam serangan udara Rabu lalu di bandar pergunungan Butig di Mindanao, 800 kilometer dari selatan Manila.

Isnilon Hapilon, Abu Sayyaf

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain