suria

Penduduk Mengamuk Mahu Bakar Suspek Pembunuh

RIO DE JANEIRO: Seorang wanita yang dipercayai membunuh budak lelaki berusia dua tahun, nyaris maut selepas dicampak ke dalam unggun api oleh sekumpulan penduduk di Brazil, baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di luar balai polis di Novo Aripuana apabila kira-kira 500 penduduk mengheret wanita berusia 30 tahun itu keluar dari sel tahanan balai polis berkenaan.

Wanita tersebut ditahan pada Isnin kerana disyaki mencetuskan kebakaran yang meragut nyawa seorang kanak-kanak.

Seorang lagi mangsa dinamakan sebagai Marlon Buzaglo campos, lima tahun, turut melecur teruk akibat perbuatan wanita tersebut.


Tindakan wanita berkenaan ternyata mengundang kemarahan penduduk yang menyerbu balai polis, tempat dia ditahan dan mereka turut membakar kereta yang diletakkan di luar balai itu.

Malah anggota polis di balai itu terpaksa melarikan diri dan meminta bantuan untuk menghalang ratusan penduduk yang marah.

Penduduk bertindak mengheret wanita itu keluar dari sel tahanan sebelum mencampakkannya ke dalam api.

Namun suspek bernasib baik kerana bantuan polis tiba tepat pada masanya dan menghalang orang ramai daripada bertindak sendiri untuk menghukum jenayah yang dilakukan wanita terbabit.

Wanita Bakar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain