suria

PM Poland, 2 Pengawal Cedera Kereta Dirempuh

WARSAW: Perdana Menteri Poland, Beata Szydlo dan dua pengawal keselamatannya cedera selepas kereta rasmi yang dinaikinya dirempuh kenderaan lain.

Berita mengenai kemalangan di selatan bandar Oswiecim, Jumaat itu dilaporkan secara meluas media tempatan.

Memetik jurucakap kerajaan Rafal Bochenek, stesen Radio IAR berkata, kecederaan Szydlo tidak serius dan hanya perlu menjalani pemeriksaan biasa. 

IAR melaporkan, pemimpin berusia 53 tahun itu berada di dalam kenderaannya apabila sebuah kereta jenis Fiat melanggar kenderaan yang dinaikinya.

Sementara itu, media Poland melaporkan Szydlo berada dalam keadaan stabil dan sudah dipindahkan ke Hospital Warsaw.

Szydlo dilaporkan berada di hospital terbabit untuk tempoh beberapa hari.

Dalam pada itu, siasatan berhubung kejadian itu juga sudah dimulakan berikutan arahan pendakwa raya.

"Kami sentiasa bersama anda Beato dan kami pasti selepas beberapa hari berehat di hospital, anda akan kembali bersama kami memimpin kerajaan," kata ketua parti berhaluan kanan Law Szydlo dan parti Keadilan (PIS), Jaroslaw Kaczynski yang dipetik agensi berita PAP Poland. - AFP

Poland, Szydlo

Artikel Sebelum

Menara Eiffel Kalis Peluru

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan