suria

Menara Eiffel Kalis Peluru

PARIS: Susulan ancaman keganasan yang kekal tinggi di bandaraya ini, pihak berkuasa tempatan merancang membina dinding kaca kalis peluru di sekitar Menara Eiffel.

Timbalan Datuk Bandar, Jean-Francois Martins berkata, Majlis Perbandaran Paris akan memulakan pembinaan itu pada ikon ibu negara Perancis.

"Ancaman ganas kekal tinggi di ibu negara dan binaan yang menjadi mercu tanda perlu diberi perlindungan keselamatan khas," katanya.

Menurutnya, binaan dinding kaca di sekeliling Menara Eiffel itu akan menghalang mana-mana individu atau kenderaan yang cuba untuk melancarkan serangan di kawasan tumpuan pelancong itu.

Jelasnya lagi, dinding setinggi 2.5 meter menelan kos 20 juta euro (RM95 juta) yang menggantikan pagar besi sedia ada akan mula didirikan pada musim luruh ini.

Sejak dua tahun lalu, Perancis sering menjadi sasaran serangan ganas yang didalangi kumpulan militan Daesh hingga memaksa kerajaan terus menguatkuasakan perintah darurat sehingga kini. - AFP





Menara Eiffel, kalis peluru

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan