suria

Ikan Paus Terdampar Di Farewell Spit Mula Terapung

FAREWELL SPIT: Pantai di antara Puponga dan Pakawau di sini terus menerima kehadiran ramai pengunjung sejak Sabtu lalu, tetapi kali ini kerana kira-kira 200 paus yang sebelum ini terdampar mula mengapungkan diri.

Jurucakap Jabatan Pemuliharaan New Zealand, Herb Christophers berkata, 240 paus yang terdampar lewat petang Sabtu telah dapat mengapungkan diri sepenuhnya ketika air pasang.

"Mamalia itu mula berlegar-legar di kawasan air cetek," katanya.

Katanya, kumpulan mamalia itu tidak meninggalkan kawasan terbabit kerana bimbang kembali terdampar.

Sekumpulan 17 ekor lagi masih terdampar bersama beratus-ratus bangkai kumpulan paus pertama yang terdampar tiga hari lalu.

"Tumpuan utama ketika ini adalah untuk membuat persiapan mengapungkan 17 lagi menjelang air pasang, ia adalah kumpulan berasingan daripada 400  yang terdampar pada malam Khamis lalu di Farewell Spit," katanya.

Kumpulan Projek Alam Sekitar Jonah membantu usaha menyelamat dengan menggunakan kapal terbang untuk memantau keadaan semua paus terbabit.

Keadaan tanjung yang cetek dipercayai menjadi punca gangguan terhadap sistem pergerakan mamalia terbesar itu menyebabkan ratusan terdampar di sepanjang 26 kilometer pantai berkenaan. - AFP




ikan paus, Farewell Spit

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain