suria

Indonesia Tidak Masuk Campur Siasatan Terhadap Rakyatnya

JAKARTA: Polis Indonesia tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap wanita pemegang pasport negara itu yang ditahan  berkaitan kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis republik itu, Boy Rafli Amar berkata Indonesia menghormati proses undang-undang di Malaysia dan menyerahkan kes tersebut kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Kementerian Luar mengesahkan wanita yang ditahan itu, dikenali sebagai Siti Aishah, adalah rakyat Indonesia.

"Dari aspek perundangan, selagi tidak ada permohonan bantuan, kami menghormati proses hukum yang dijalankan terhadap warga negara kita di negara lain," katanya kepada pemberita seperti yang dipetik media dalam talian pada Khamis.

Kim Jong-nam yang dilahirkan di Pyongyang pada 10 Jun 1970, sedang menunggu penerbangan ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada Isnin lalu apabila dikatakan seorang wanita menyembur cecair beracun ke mukanya.

Dia mati dalam perjalanan ke hospital Putrajaya.

Selain Siti Aishah, polis turut menahan wanita pemegang pasport Vietnam. BERNAMA

Kim Jong-nam, Siti Aisyah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain