MANILA: Penduduk di sebuah pulau di selatan Filipina digemparkan dengan penemuan bangkai makhluk misteri yang terdampar di kawasan pantai, baru-baru ini. Menurut MailOnline, makhluk bersaiz besar berbulu putih itu ditemukan terdampar di pantai Cagdainao, Pulau Dinagat, sekali gus menarik perhatian ramai penduduk untuk mengambil gambar bersama bangkai misteri itu. Penduduk tempatan mendakwa, bangkai itu ditemukan tidak lama selepas kejadian gempa bumi yang berlaku di negara tersebut pada Ahad. Malah penemuan bangkai itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan penduduk setempat tentang misteri makhluk yang tidak diketahui tersebut. Karakter Appa dari siri animasi Avatar: The Last Airbender Ada pihak mengaitkan makhluk itu merupakan Appa, karakter fiksyen yang diambil daripada siri animasi Avatar: The Last Airbender. Namun ada juga mengatakan ia adalah makhluk dari filem The NeverEnding Story yang disiarkan pada tahun 1984. Bagaimanapun ada pihak mengatakan makhluk itu menyamai kes penemuan bangkai haiwan separuh beruang kutub dan separuh ikan paus yang ditemukan di Margate, Afrika Selatan pada 25 Oktober 1924. Makhluk itu dinamakan sebagai Trunko atau Globster. Bangkai paus carcass. Menurut saintis tempatan, makhluk misteri berukuran enam meter panjang itu adalah paus carcass yang mencecah berat 2,000 kilogram dan dipercayai bertukar menjadi putih akibat mereput. Haiwan itu dipercayai mati kira-kira dua minggu lalu, berkemungkinan dilanggar kapal.