suria

Nyaris Maut Serpihan Kayu Tembusi Otak

BEIJING: Seorang lelaki di China dianggap bernasib baik kerana masih hidup walaupun sebatang serpihan kayu berukuran 15 sentimeter menembusi otaknya.

Portal MailOnline melaporkan, kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Zhao bermain pool bersama rakannya.

Namun Zhao, 39, diganggu secara tiba-tiba oleh seorang lelaki lain dan situasi bertukar menjadi pergaduhan fizikal.

Zhao dipukul di bahagian kepala menggunakan kayu kiu miliknya dan penyerang tidak henti-henti berbuat demikian sehingga kayu berkenaan pecah.

Suspek kemudiannya mengambil serpihan kayu yang tajam dan mengetuknya ke dalam kepala mangsa.

Akibat tindakan ganas tersebut, Zhao pengsan di lokasi kejadian tetapi orang ramai sempat menghentikan pergaduhan itu dan membawa mangsa ke hospital sebelum dibawa ke hospital.

Pakar Hospital Nanning berjaya mengeluarkan serpihan kayu panjang itu daripada kepala mangsa.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil dan gambar x-ray menunjukkan paku berkenaan menembusi bahagian otak lelaki itu.

Sementara itu, suspek penyerang berjaya ditahan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.

Siasatan polis mendapati, suspek penyerang yang berusia 50 tahun merupakan pesakit mental dan kini ditahan untuk tindakan lanjut.

Serpih Kayu, Tembus Otak, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain