suria

Anak Muhammad Ali Ditahan Selepas Umum Bantah Arahan Perjalanan Trump

WASHINGTON: Anak lelaki lagenda petinju Muhammad Ali mendakwa ditahan di sebuah lapangan terbang di sini selepas mengadakan pertemuan dengan wakil Kongres mengenai keselamatan di sempadan Amerika Syarikat (AS).

Dalam kejadian 7 Februari lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Fort Lauderdale-Hollywood Muhammad Ali Jr bersama ibuya, Khalilah Camacho Ali baru sahaja kembali dari Jamaica dan mahu pulang ke Florida.

ABCNews melaporkan, mereka berdua yang dilahirkan di AS ke bandaraya ini untuk berbincang dengan anggota jawatankuasa kecil anggota Kongres mengenai keselamatan sempadan berhubung pengalamannya ditahan di lapangan terbang lain bulan lalu.

Dia telah ditahan dan disoal siasat kira-kira 20 minit sebelum dibenarkan menaiki pesawat JetBlue Airways.

Sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan, dia bercakap dengan pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS)menerusi telefon.

Menerusi tembual dengannya, Ali percaya beliau ditahan kerana beragama Islam, selain namanya umpama rakyat Arab.

Awal minggu ini, Ali telah mengumumkan kempen menentang arahan perjalanan Presiden AS, Donald Trump kerana menganggap ia tidak adil bagi umat Islam.

Menurut peguamnya, Chirs Mancini, anak guamnya itu tidak berdepan sebarang masalah ketika tiba di Washington pada Rabu.

"Tindakannya berkujung ke Washington membuka mata DHS," katanya.

Bagaimanapun, jurucakap Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan, Lisa Farbstein berkata, penahanan Ali itu kerana barang kemas yang dipakainya telah menyebabkan mesin pengimbas berbunyi.



Muhammad Ali Jr, Trump, Jamaica

Artikel Sebelum

Artikel Lain