LAMAN sosial Facebook sedang mengembangkan fungsi "Live" dengan rakaman video terbaharu boleh dibuat selain menggunakan telefon pintar. Pembaharuan yang dibawa ialah Facebook akan membenarkan komputer atau kamera web untuk berkongsi apa sahaja dari skrin pengguna termasuk melakukan Live di Youtube ketika bermain permainan video. Pengguna Facebook juga akan dapat aliran video secara langsung dari komputer mereka, berkongsi paparan di skrin komputer dan menambah grafik pada skrin, tajuk dan lapisan termasuk beralih antara desktop dan webcam. Butang "Video Live" pada setiap post juga akan ditambah fungsinya dan pengguna boleh menentukan siapa akan dapat menonton video berkenaan. Walaupun pilihan baru ini boleh digunakan untuk membuat kandungan seperti tutorial tetapi Facebook sedang menyasarkan pemain permainan video yang suka berinteraksi dengan pasangan atau rakan. Pengguna facebook tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan khidmat berkenaan sebaliknya ia akan disediakan terus di setiap akaun yang telah dikemaskini. Facebook Live bukan satu-satunya saingan aplikasi Twitch yang popular di kalangan pemain permainan video di seluruh dunia kerana aplikasi daripada YouTube Google yang dilancarkan pada 2015 itu menawarkan platform khusus untuk berkongsi permainan video strim langsung di YouTube pemain. Facebook kini akan melancarkan fungsi itu untuk 1.5 bilion pengguna dalam tempoh terdekat.