suria

Bas Bawa 21 Penumpang Nyaris 'Ditelan' Lubang Benam

BEIJING: Sebuah bas yang sarat dengan penumpang nyaris 'ditelan' bumi apabila lubang benam tiba-tiba terbentuk beberapa saat selepas kenderaan itu melepasinya.

Menurut laporan Mail Online, beberapa rakaman kamera litar menunjukkan kenderaan yang dinaiki 21 penumpang itu melepasi lubang itu dalam kejadian yang berlaku di Jinan Road di Nanning, wilayah Guangxi pada 24 Mac lalu.

Rakaman kamera trafik menunjukkan kenderaan penumpang itu menggunakan laluan bas sebelum terhentak dengan kuat ketika melewati kawasan lubang benam tersebut.

Beberapa saat kemudiaan, laluan yang digunakan bas itu tiba-tiba berlubang dan sebuah kereta sempat mengelak daripada terjunam ke dalam lubang tersebut.


Rakaman dalam bas itu juga menunjukkan gegaran yang kuat berlaku dalam kenderaan menyebabkan penumpang terkejut dan nyaris terjatuh, tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Seorang saksi kejadian yang hanya dikenali sebagai Cheng berkata, apabila bas itu melalui kawasan lubang benam tersebut, dia melihat hentakan kuat pada bahagian belakang bas.

"Lubang benam itu nyaris menelan bas berkenaan," katanya.

Polis trafik kemudiannya tiba beberapa minit kemudian dan menghubungi pihak majlis perbandaran dan syarikat kereta api bawah tanah untuk menutup serta menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Lubang benam itu berukuran tiga meter lebar dan mempunyai kedalaman tiga meter.


Lubang Benam

Artikel Lain