suria

Pesawat Peruvian Airlines Terbakar, Sayap Terkena Landasan

LIMA: Pesawat Peruvian Airlines terbakar ketika mendarat apabila ia tersasar dari landasan di lapangan terbang dekat Jauja, di sini.

Pesawat Boeing 737-300 itu melencong ke kanan dan sayapnya yang terkena landasar mengakibatkan ia terbakar.

Peruvian Airlines dalam kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Bagaimanapun, setakat ini punca kejadian belum diketahui.

Syarikat penerbangan itu berkata, semua 141 penumpang dan anak kapal selamat.

Pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu yang berlaku pada 4.30 petang Selasa (5.30 pagi Rabu waktu Malaysia) di lapangan terbang Francisco Carle yang terletak 265 kilometer dari Lima.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Peru, Carlos Basombrio berkata, kebakaran berlaku apabila sayap terkena landasan.

“Pesawat gagal berhenti di landasan dan mereka cuba memberhentikannya menggunakan sayap. Ini mungkin menyebabkan berlakunya kebakaran,” katanya.

Sementara itu, Boeing berkata, ia sedang mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

Peruvian Airlines, Lima

Artikel Lain