suria

Perusuh Bakar Empat Suspek Kes Rompak

GUATEMALA CITY: Sekumpulan perusuh telah menyerang empat lelaki yang disyaki merompak penjual telefon bimbit dengan membakar suspek.

Kejadian itu mengakibatkan tiga lelaki maut, manakala seorang lagi parah.

Insiden orang awam mengambil tindakan sendiri terhadap penjenayah kerap berlaku kerana ketidakcekapan polis di negara itu.

Jurucakap polis, Pablo Castillo berkata, serangan itu berlaku di San Miguel Ixtahuacan dua hari lalu.

Katanya, suspek yang parah akibat luka kebakaran itu telah dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.

Sementara itu, mayat tiga suspek itu dibawa keluar oleh 50 anggota polis yang meninggalkan lokasi itu sebelum diserang penduduk tempatan.

Menurut pertubuhan kemanusiaan, Group for Mutual Support, lebih 310 orang maut dalam serangan seperti ini dalam masa sembilan tahun lalu.- AFP


Guatemala City, Pablo Castillo

Artikel Lain