suria

Laman Web Parlimen Belanda Digodam, Diugut

AMSTERDAM: Laman web parlimen Belanda diancam pihak tidak bertanggungjawab yang bertindak menggodam sistem komputernya dan diugut untuk memastikan ia kembali pulih.

Agensi berita ANP negara itu melaporkan, penggodam Turki disyaki terlibat kerana mensasarkan negara itu susulan situasi tegang antara kedua pihak.

Hubungan Turki dengan negara Kesatuan Eropah termasuk Belanda dan Jerman terjejas selepas menteri Turki dilarang berkempen untuk memberi kuasa kepada Presiden Tayyip Erdogan.

Parlimen Belanda memaklumkan pihaknya telah mengambil langkah sewajarnya susulan kejadian itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Dua laman web yang digunakan pengundi Belanda utnuk membantu mereka menentukan parti yang dipilih untuk pilihan raya umum pada 15 Mac juga diserang pada hari pemilihan.

Syarikat keselamatan internet Belanda, Foxx-IT telah meneliti serangan itu dan percaya ia dilakukan kumpulan penggodam Turki. -Reuters

Belanda, parlimenm Erdogan

Artikel Lain