suria

Google Umum Produk Terkini Sempena April Fool?

SEMPENA hari pertama April, Google mengambil peluang untuk mengumumkan beberapa produk terbaharunya sesuai dengan usikan April Fool.

Sesuatu yang melucukan, produk Google ini dihasilkan beberapa jabatan dalam syarikat berkenaan.

Antara yang tentunya menarik perhatian ramai adalah Google Gnome, pembesar suara pintar yang sesuai untuk kediaman anda.

Juga tersenarai  adalah Google Wind, projek di Belanda yang menggunakan kincir angin untuk menghalau cuaca buruk.

Menduduki tangga teratas senarai adalah pelancaran Google Maps dengan butang menarik, permainan Ms.Pac-Man.

Jika pengumuman itu masih tidak memuaskan hati semua, pelbagai aksesori eksklusif untuk pengguna Chromebook supaya dapat menggunakan Google Cardboard dan mendapatkan Groupies!

Walaupun ia sekadar jenaka Google, syarikat tetap memaparkan seolah-olah ia produk sebenar khusus untuk hari istimewa ini.

Malahan, Google turut menyediakan ruang mengundi produk yang digemari, beserta komen masing-masing.


April Fool, Google

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain