LONDON: Proses membaik pulih bangunan ikon terkenal di ibu negara Britain, Menara Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Big Ben bermula pada Sabtu, sekali gus menyebabkan jam tersebut tidak akan berfungsi bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan portal News X, kerja pemulihan itu dijangka mengambil masa selama tiga tahun, tugas membaiki paling besar dilakukan pada menara tersebut dalam tempoh berpuluh-puluh tahun. Kos membaiki itu akan menelan belanja sebanyak 29 juta pound melibatkan kerja-kerja menghalang hakisan karat pada peralatan besi serta menghentikan resapan air yang boleh merosakkan bangunan berusia 160 tahun itu. Jam yang besar pada menara itu tidak pernah diusik sejak tahun 1859, akan berhenti berfungsi selama beberapa bulan bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilaksanakan. Menara itu dinamakan sebagai Menara Elizabeth sebagai penghormatan kepada Ratu Elizabeth II dan merupakan antara bangunan paling ikonik di Britain. Bangunan itu juga lebih dikenali sebagai Big Beg dalam kalangan pelancong tempatan dan asing, diambil sempenan nama loceng paling besar yang terdapat dalam menara tersebut.